POLISI PEMULANGAN DAN BAYARAN BALIK

Polisi Pemulangan & Bayaran Balik

Pemulangan/Pertukaran

Sekiranya anda menerima produk dalam keadaan rosak atau anda menerima produk yang salah, SYAQIST dengan senang hati akan mengatur pertukaran segera. Pemulangan atau pertukaran produk yang dibeli mesti dilaporkan dalam tempoh 7 hari dari tarikh penerimaan produk.

Definisi kerosakan produk :

Produk akan dikira rosak sekiranya terdapat ciri-ciri seperti:
a. Koyak
b. Kotor yang teruk
d. Kecacatan yang nyata dari segi bentuk

Definisi kesilapan produk :

a. Saiz yang diterima berlainan daripada saiz yang ditempah
b. Produk diterima berlainan daripada produk yang ditempah
c. Jumlah produk tidak mencukupi (tercicir)


---------------------------------------------------------------------------------------------

Pihak SyaQist hanya menjual corak depan sahaja.  Pihak kami tidak bertanggunjawab dengan corak belakang yang berlainan dengan katalog disebabkan ketiadaan kain yang mencukupi.

Pihak SyaQist juga tidak bertanggungjawab di atas perbezaan warna disebabkan faktor pencahayaan.

 

Bayaran Balik

Bayaran balik hanya akan diproses sekiranya berlaku kerosakan produk atau kesilapan produk dan pihak SYAQIST tidak dapat menggantikannya dengan produk yang sama atau produk lain yang sama nilai yang dipersetujui oleh pelanggan. Pelanggan perlu membaca dan meneliti terma dan syarat bayaran balik seperti berikut :

1. Barangan / produk yang dipulangkan akan diperiksa terlebih dahulu untuk memastikan produk adalah rosak seperti yang dilaporkan.
2. Produk mesti dalam keadaan baru dan dikembalikan dalam bungkusan asal .

3. Jika barang-barang / produk telah digunakan atau rosak oleh pelanggan, tiada apa-apa bayaran balik akan diberikan.

4. Pihak SYAQIST juga tidak akan bertanggungjawab sekiranya penghantaran anda hilang semasa transit pemulangan.
5. Apabila pihak kami telah menyemak dan mengesahkan barang-barang / produk, pelanggan akan menerima bayaran balik dalam tempoh 7 hari selepas pengesahan.

6. Sila kembalikan produk yang salah menggunakan Pos Malaysia / Pos Domestik sahaja  untuk tuntutan penghantaran.



Alamat Pemulangan
SyaQist Patchwork
No 1, Jalan Plumbum 2,
Kawasan Perindustrian Sungai Purun,
43500 Semenyih
Selangor Darul Ehsan
0382161112

 

Untuk #TeamSyaQist, sebarang masalah sila refer kepada Leader/Admin Grup untuk tindakan seterusnya.