Latest Comments
Article Tags

5 SIKAP ORANG BERJAYA

Posted by admin 16/11/2021 0 Comment(s) MOTIVASI BISNES,

 

 

NAK BERJAYA? ANDA WAJIB TIRU 5 SIKAP ORANG BERJAYA NI!

 

 

Nak tahu rahsia kenapa orang lain boleh kaya dan berjaya dalam bisnes?

Jom kita baca satu persatu dan cuba follow! Semoga anda semua Kaya dan Berjaya. InsyaAllah..

 

 

1) Yakin Dengan Diri Sendiri

 

“Jika kau fikirkan kau boleh, kau boleh melakukan. Jika kau fikirkan ragu-ragu, usahamu tidak menentu”. Lagu yang popular pada 80-an. Ya, bunyinya amat cliché tetapi lagu yang simple ini mengandungi mesej yang amat besar!

Dalam usaha untuk mencapai apa jua cita-cita anda, anda perlu mempunyai keyakinan di dalam hati bahawa cita-cita tersebut akan dicapai!

Anda tidak perlu meyakinkan orang ramai. Anda hanya perlu meyakinkan diri anda sendiri sahaja

Katakan pada diri sendiri berkali-kali “You Can Do It”!

 

 

2) Pura-Pura Dah Berjaya

 

AWAS! Bukan bermaksud anda perlu berlagak dan 'sembang kosong', tapi berpura-pura dari segi mindset & sikap anda.. Rasakan diri anda ni dah berjaya. Sebab perasaan, emosi dan tahap keyakinan anda akan turut terikut dengan tindakan anda. Bak kata mat saleh, "Motion creates Emotion". Jadi, lama-kelamaan insyaAllah keyakinan anda semakin bertambah dan tak mustahil untuk anda jadi seorang yang betul-betul berjaya.

 

 

3) Jadi Orang Yang Malas

 

Tahu tak kenapa Bill Gates suka bekerja dengan orang yang malas? Sebab orang yang malas ni akan cari solution yang 'PALING KREATIF' untuk selesaikan masalah yang susah. Maksudnya, buat kerja secara smart. Kerja kuat tu bagus, tapi jadi smart lebih bagus!

 

 

4) Pilih Circle Yang Baik

 

5 orang rakan anda sekarang akan menentukan siapa anda akan datang. Jadi, pilih betul-betul rakan anda sebab mereka yang akan mempengaruhi kejayaan anda 5 tahun akan datang. Kebanyakan orang berjaya, circle mereka juga adalah orang yang berjaya dan sukakan cabaran. Jangan terlalu selesa sekarang, tapi fikir masa depan anda juga.

 

 

5) Istiqamah

 

Erti kata lain adalah sabar. Nak buat sesuatu perkara secara berterusan memang susah. Tapi yang menjadikan kita orang-orang yang berjaya adalah mereka yang ada kesabaran yang tinggi. Jangan hanya 'hangat-hangat tahi ayam.. Harini semangat promote barang sana sini, bila takde orang beli, terus diam seribu bahasa. Jejak pun dah tak jumpa.

 

 

Haa.. itulah 5 sikap yang anda boleh terapkan dalam diri anda untuk menjadi orang yang berjaya..

Semoga anda semua Kaya dan Berjaya!

 

 

Madam Nur

SyaQist Master Trainer